Ayasofya-Kebir Camii

Perjalanan hari ini adalah ke Hagia Sophia Grand Mosque (Ayasofya-Kebir Camii) yang kedudukannya lebih kurang 1km dari Sultan Ahmet Camii ( Blue Mosque).

Tiada kesempatan untuk menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid kerana terlampau ramai orang. Hari ini adalah hari cuti di Turkey. Masjid di Turkey ini, dia buka untuk lawatan tetapi apabila tiba waktu solat maka dia akan tutup sesi lawatan sehingga solat selesai dilaksanakan.

Seterusnya kami menaiki ‘boat cruise’ di Bosphorus Sea sambil menikmati makan tengahari.

Selesai menaiki feri, kami pergi ke Bazaar Market untuk membeli kekacang. Di sini juga kedai-kedainya menyediakan pelbagai rempah ratus disamping pistachio, almond, hazel nut dan sebagainya. Harganya juga ‘varies’. Pada kedai pertama iaitu HazerBaba, kami membeli pistachio dengan harga 480 Turkish Lira sekilo. Di kedai yang lain pula, kita dapati dengan harga 230 Turkish Lira. Awas dengan perbezaan harga ini, maksudnya jangan terus berbelanja di kedai pertama kita masuk.

Selesai di ‘Spices Bazaar’ ini, kami kembali ke Blue Mosque untuk menunaikan solat zohor dan asar secara jamak ta’khir serta qasar.

Kemudian kita ke ‘chinese restaurant’ untuk makan malam. Ingatkan berbezalah hidangan makanannya, rupa-rupanya sama aje dengan kedai Turkey yang lain.

‘Starter’nya dengan syurba (soup with bread), kemudian nasi dengan kebab, tomato bakar, cili bakar, ‘fries’ dan salad. 2 potong baklava setiap orang bagi ‘dessert’.

Kemudian kami bergerak balik ke hotel.