Hari ke-6 di Turkey. Kami dibawa untuk shopping di Munira. Banyak barangan yang dijual di sini. Antara barangan yang kami beli adalah ‘Turkish Delight’, minyak zaitun ‘virgin’, ‘honey’, teh delima, teh ‘apple’, ‘apple cider/vinegar’ & safron.

Safron yang dibeli di sini diimport dari Iran kerana Iran adalah pengeluar safron yang terbaik di dunia. Biasanya safron dimasukkan dalam nasi beriani. Saya menyuruh isteri untuk memasukkannya dalam masakan nasi arab nanti. Safron juga boleh dimasukkan dalam air panas untuk dijadikan teh.
Berkaitan madu pula, saya sebenarnya merasa cuak juga takut ianya tidak asli. Kita pula menternak madu kelulut yang ‘originality’nya memang tidak dapat disangkal lagi. Tapi belilah juga takut menyesal nanti. Bukan selalu boleh datang Turkey…

Kemudian kita dibawa ke perkampungan zaman ‘Ottoman Empire’ yang diiktiraf oleh UNESCO. Di sini rumah-rumahnya agak rapat dan banyak juga barang-barang yang dijual. Sudah pasti banyak barangan ‘sourvenirs’.
Seterusnya kita pergi makan tengahari. Makan tengahari biasalah… bila dah masuk hari keenam makanan Turkey maka selera sudah semakin menurun.

Yang paling seronok, kita pergi solat di masjid terbesar di Turkey malah di Eropah iaitu Masjid Camlica (disebut Jamlija). Pada satu-satu masa boleh memuatkan 63,000 orang jamaah.
Sistemnya baik, kasut boleh disimpan dalam plastik yang disediakan kemudian dimasukkan dalam kotak-kotak seperti ‘pigeon hole’ yang disediakan. Kemudian terus masuk ke dalam masjid.

Seterusnya kita bergerak ke maqam Abu Ayyub al-Ansari. Dalam perjalanan ini, kita sedang menempuh ‘traffic jam’…
Seterusnya kita akan ‘dinner’ sebelum memasuki (check-in) hotel.