Apa yang aku dapat di Turkey ialah kelapangan atau keterbukaan mereka untuk membenarkan mereka yang belum Islam untuk melawat masjid. Jika mereka yang datang dengan tidak bertutup aurat maka pakaian yang sopan disediakan buat mereka. Biasanya orang perempuanlah. Setelah mereka selesai melihat di dalam mesjid, mereka memulangkan kembali pakaian tersebut di kaunter luar masjid.

Dan yang paling aku ‘respect’ ialah di tempat keluar tersebut terdapat banyak buku dan risalah kecil buat yang belum Islam untuk mendapatkannya secara percuma.
Itu yang baiknya! Kita berdakwah secara ‘direct’ kepada mereka dan mereka mendapat pengalaman yang cukup bermakna…

Eloklah kita berfikir secara positif, jangan nampak negatif aje.
Yang keduanya, kita hanya berusaha dan selebihnya ialah hidayah dari Allah SWT. Kalau Allah ingin mengangkat seseorang itu kepada Islam maka Dia akan membuat seseorang itu sedar tentang kesucian agama Islam dan memberinya taufiq serta hidayah.

Satu lagi ialah dia mempunyai kaunter infaq untuk mereka yang ingin menderma.Jika kita ingin menderma sebanyak 20 TL (Turkish Lira). Kita hanya memasukkan duit tersebut ke dalam bekas yang ‘tranparent’ di kaunter. Penjaga kaunter mempunyai beberapa buku resit yang sudah tersedia untuk dikoyak mengikut nilai yang didermakan.
Dia memudahkan banyak pihak untuk menderma…
Kita hanya perantara…