Hari terakhir di Istanbul.
Pukul 10 pagi, kami ‘check-out’ dari hotel. Masing-masing menimbang ‘luggage’ masing-masing, takut ‘exceed their limit’. Setiap orang hanya dibenarkan 30kg manakala ‘hand carry’ sebanyak 7kg untuk dibawa menaiki pesawat.

Selepas memasukkan bag ke dalam perut bas, kami bergerak ke kawasan Bosphorus untuk menikmati panorama yang indah.
Selesai di sini, kita ke ‘chinese restaurant’ untuk makan tengahari.
Selepas itu kami dibawa ke ‘shopping complex’ untuk upacara ‘window shopping’. Itu mungkin hasrat ‘tourist guide’ kami untuk menunjukkan bahawa Turkeypun ada ‘shopping mall’.

Destinasi terakhir ialah Taksim sebelum kami dihantar ke Istanbul Airport pada jam 5 petang nanti.
Flight kami dari Istanbul ke KLIA adalah pada pukul 1.45 pagi nanti. Kita dijangka tiba di KLIA pada jam 5.30 petang esok waktu Malaysia. Kemudian kami akan mengambil bas dari KLIA ke Johor Bahru pada jam 10 malam dan dijangka sampai di Larkin sekitar jam 3am.

Alhamdulillah. Semoga penulisan ini boleh menjadi panduan kepada sesiapa yang ingin datang ke Turkey.
Suatu perkara yang saya rasa agak ‘advantage’ juga apabila kita bertongkat di sini ialah ia membantu kita yang lututnya kurang pelincir untuk mendaki kawasan bercerun. Yang tak kurang penting juga ialah kita diberi laluan untuk memasuki ‘toilet’ OKU di kawasan ‘mall’.
Apa-apapun kita ke sini adalah untuk meluaskan pengetahuan. Orang berkata, ‘Jauh Perjalanan Luas Pengalaman’. Garaplah ilmu sebanyak yang mungkin untuk panduan hidup kita dan orang lain.
Sekian. Terima kasih.