Mesyuarat JKPK Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB) di Simpang Renggam pukul 3.30 petang tadi (27 Mei 2022). Kebiasaannya, mesyuarat dibuat di bilik mesyuarat Masjid Ibrahim Majid tetapi renovasinya masih berjalan.
Pilihan kedua tempat mesyuarat ialah di rumah Ust Abu Khairon tetapi ustaz tiada di rumah. Akhirnya Ust. Rafii menawarkan rumahnya untuk dijadikan tempat mesyuarat.

Alhamdulillah, kuih muih raya masih banyak di rumah Ust Rafii untuk kami menjamu selera sambil bermesyuarat.
Selesai bermesyuarat, kami solat Asar berjamaah dan diteruskan dengan sesi marhaban.
Kami berangkat pulang pada jam 6.30 petang. ‘Highway’ ke Selatan tadi agak padat dengan kenderaan. Saya sampai rumah lebih kurang pada pukul 7.30 malam.

Selesai solat Maghrib bersama isteri, saya ‘take a nap for 10 minutes’. Saya minta tolong isteri kejutkan pada pukul 8.10 kerana ingin solat Isya berjamaah di surau pula. Semasa memandu dari Simpang Renggam ke Bandar Dato Onn tadi, Allah saja yang tahu betapa mengantuknya saya…
Selesai solat Isya, kami ke rumah Hj Khairi untuk menutup sesi marhaban pada tahun ini.
Alhamdulillah, jazakumullahu khairan kathira kepada semua AJK surau yang berjaya menyusun dan melaksanakan program marhaban ini. Tidak dilupakan juga para tuan-tuan rumah yang sanggup menerima kunjungan dari surau.
Akhirnya, kita memohon agar Allah SWT menerima amal kita di sepanjang Ramadhan dan Syawal. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan insyaAllah.