Selepas Kembara Ke Turkey…

3 keluarga dari kumpulan Kembara Turki menghadiri jamuan raya yang dianjurkan oleh ketua rombongan kami Dr Jaidon Bin Romli. Kami tiba di rumah Dr. Jai selepas maghrib tadi.

Alhamdulillah ukhuwah yang terjalin semasa kembara dipertautkan lagi semoga ia semakin kukuh.

Inilah aktiviti-aktiviti mereka yang sudah melepasi 50an. Rakan-rakan baru menjadi keluarga kerana keluarga yang sebenar jauh beribu batu.

Kata orang ukhuwwah fillah…

Semoga hubungan persahabatan ini diredhai Allah SWT hendaknya. Aamiin Aamiin Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.