Sedang menunggu bas di ‘lobby hotel’ untuk kembara hari yang ke tujuh.
Untuk makluman, Turkey begitu bersungguh-sungguh mengamalkan ‘sustainable development’. Semua lampu hotel menggunakan ‘automatic switch’ di luar bilik. Bila tiada ‘trace’ manusia, dia akan switch off. Maksudnya, dia menggunakan ‘sensor’.

Begitu juga ‘toilet’ di masjid-masjid, semuanya ‘automatic’. Termasuk juga penggunaan air, hulur tangan aje air keluar. Maksudnya tiada pembaziran air yang berlaku seperti saranan sunnah nabi SAW.
Di Turkey, mereka juga menggunakan kincir angin untuk mendapatkan sumber tenaga elektrik. Kos pembinaan satu kincir angin ialah 1 juta Euro (€1mil). Kipasnya buatan Sepanyol, tiangnya buatan Turkey dan enjinnya buatan German. Mereka mendapat modal balik dalam masa 13 tahun.

Sekarang kami di dalam bas menuju ke kedai menjual produk kulit (leather)…
Kemudian kita akan ke Blue Mosque, Aiya Sophia dan lain-lain.

Hari ini adalah hari terakhir kita bersama pakej. Seterusnya petang ini dan esok adalah free time untuk kita ke mana-mana secara bersendiri. Kemudian kita akan bergerak ke airport petang esok untuk pulang ke Malaysia, pukul 5pm.