Berbengkel hari ini (30 Mei 2022)…
Kita menjemput alumni LAD di industri untuk memberi ‘feedback’ tentang penambahbaikan kursus LAD. Mereka adalah bekas pelajar kita di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Hasil pembelajaran mereka dahulu dan pengalaman kerja mereka sekarang, dimanakah lagi kursus ini boleh dibuat penambahbaikan?
Mereka terdiri dari staf di pihak swasta (3 orang) mahupun yang berkhidmat dengan kerajaan (3 orang).
Kita juga berbincang untuk mencadangkan kepada JPA untuk mendapatkan kod yang tersendiri bagi lulusan Kursus Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, contohnya NT41, yang mana kursus ini amat relevan kepada mereka yang akan berkhidmat di Pejabat Tanah dan Daerah serta di Pihak Berkuasa Tempatan.

Bengkel dibuat di Ramada Meridin bermula jam 9am hingga 5pm.
‘Once in a while’, bagus juga keluar tetapi banyak juga ‘interruptions’ yang menunggu. ‘Student called’. Mahu kita bacakan projek sarjananya. Pelajar hendak tahu bila kita akan melawat Latihan Industrinya dan bermacam-macam lagi.
Itulah kerja pensyarah. ‘It just never done. Day in day out’, ada aje kerja.
But I’ve never regretted! Mudah-mudahan ada pahala di sisiNya, insyaAllah.