
Ini cerita semalam.
Bersama Pemeriksa Luar PM Dr Zaharah dari UiTM Shah Alam. Bila aku memasuki bilik mesyuarat untuk berbengkel, beliau menegurku. Aku agak terkejut kerana tidak mengenali beliau. Rupa-rupanya, Dr Zaharah adalah bekas pelajarku dulu. Beliau merupakan pelajar ‘batch’ kedua yang masuk secara ‘direct entry’.
Dr. Abdul Halim adalah ‘batch’ pertama (1996), Dr. Salfarina pula adalah ‘batch’ pertama secara lepasan SPM rasanya.
Sebab dulu UTM tak ada kemasukan dari matrikulasi atau STPM. Ramai yang ingin memasuki UTM pada masa itu sebab boleh keluar awal ke alam pekerjaan. Borang untuk memasuki UTMpun, kita menjualnya sendiri. Maksudnya tidak perlu melalui UPU.
PM Dr Zaharah rasanya memasuki UTM pada tahun 1997.
Aku tumpang gembira kerana bekas pelajar-pelajarku ramai yang sudah berjaya. Alhamdulillah!
Apa yang aku pinta dari mereka ialah supaya mendoakan aku selamat di dunia dan selamat di akhirat nanti insyaAllah. Itu aje…