Kopi Percuma…

Mungkin sesetengah surau atau masjid boleh membuat projek ini, terutama yang berada di laluan utama perjalanan.

Mereka yang singgah biasanya tidak tinggal kosong. Sekurang-kurangnya paling sedikit didermakan RM1 kerana menggunakan air atau letrik di tandas. Dan kita tidak mengharapkan balasanpun…

Cuma bila kita menyegarkan mata si pengembara, ia mungkin dapat mengurangkan berlakunya kemalangan. Pahala lagi kita dapat!

Kedua, kreativiti kita akan memudahkan untuk orang memberi atau menderma. Apatah lagi kalau mereka ‘relate’kan betapa besarnya pahala memberi air kepada pedagang arab di Tanah Suci Mekah pada suatu masa dulu.

Kita kena jadikan surau atau masjid sebagai ‘one stop center’ yang digemari ramai, baik yang sudah Islam mahupun yang belum Islam. Biar mereka nampak betapa indahnya Islam. Kita selalu dikaburi dengan kenyataan-kenyataan negatif oleh mereka yang membenci Islam.