Hari ini, 11 Jun 2022, kami berjaya memenuhi 2 undangan. Alhamdulillah!
Pertama, undangan perkahwinan ‘General Manager’ Koperasi UTM Berhad, Pn. Rafidah.
Agak ‘tricky’ juga untuk ke majlis perkahwinan GM. Saya pergi ke Taman Pulai Utama tetapi setakat yang saya ingat tak ada pula Jalan 6/2. Saya sendiri pernah tinggal di Taman Pulai Utama banyak tahun juga sebelum saya menjual rumah tersebut.
Untuk kepastian, saya bertanya kepada penghuni di Taman Pulai Utama yang tinggal berhampiran dengan rumah lama saya. Dia menjawab, “Dekat sini tak ada jalan yang ‘stroke’ ni, mungkin di kawasan belakang yang berdepan dengan kedai-kedai di Taman Pulai Flora.
“Memang betul, di sini rumahnya.

Kedua, kami memenuhi undangan Tn. Hj. Arifin di Kg. Morni Pok. Berdekatan dengan Gelang Patah.
Saya meminta supaya Hj. Arifin menghantar ‘location’ kepada saya. Hj. Arifin menghantarkannya tetapi beliau menyarankan supaya saya menggunakan waze dengan menjadikan Sek. Keb Morni Pok sebagai tempat yang hendak dituju.
Entah bagaimana, waze mengarahkan kami melalui kampung orang asli di Kg. Simpang Arang. Apabila memasuki kampung ini, saya merasa macam tidak betul. Setelah satu pusingan mengelilingi kampung tersebut, kami keluar semula ditempat yang sama.
Apabila masuk waktu zohor, kami pergi solat di masjid yang berhampiran. Selesai solat, kami sempat berborak dengan imam dan beberapa orang jamaah. Rupa-rupanya, salah seorangnya adalah sepupu Hj. Arifin iaitu Hj. Arif aka Yahya.
Beliau menunjukkan jalan ke rumah Tn. Hj. Arifin.
Kami dijamu dengan asam pedas ikan merah, udang masak lemak nenas, puyuh goreng, pucuk ubi dan sambal belacan. Wow, menambah nasi saya tadi.
Hj Arifin dan Hjh Azza merupakan kawan yang baru kami kenali semasa Kembara Ke Turkey tempohari.