Menziarahi Anak Saudara…

Memenuhi jemputan anak saudara petang semalam. Dalam Islam, kita wajib memenuhi undangan atau jemputan sekiranya kita dijemput. Chegu Imah menjemput kami sekeluarga untuk datang makan di rumahnya.

Kami bergerak dengan 3 buah kereta ke Kompleks Perumahan Guru dan Staf di Pasir Gudang. Kami 2 buah kereta dari rumah manakala Kak Long berseorangan dari hospital.

Di rumah Chegu Imah, aku hanya memakan satay kerana sejak Hari Raya tempohari, aku belum jumpa satay. Anak-anak memakan nasi ayam disamping satay, cream puff dan brownies.

Suami Chegu Imah, Faris, berkhidmat di Oman buat sementara waktu.

Mujurlah ada adiknya, Yani, boleh menemani kakaknya. Yani adalah graduan dari USM dalam bidang Bio – Environment sedang mencari peluang pekerjaan.

Semoga mereka dapat mengurusnya dengan baik insyaAllah.