Alhamdulillah selesai lawatan LI di Terengganu. Penyeliaan yang terakhir pagi tadi (14 Jun 2022) ialah Noraqmal di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Penyelianya, Sr Shukroon Hilmi juga ada bersama, alhamdulillah. Pembentangan tentang tunggakan semakan nilai hasil cukai pintu.

Saya ada memaklumkan kepada MBKT tentang sistem Computer Aided Mass Appraisal (CAMA) yang dipelopori oleh PM Dr Dzurllkanian Daud. Harap-harapnya sistem ini boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Bila saya sudah berada di kereta, Aqmal memaklumkan bahawa ayahnya ingin menjumpai saya. Ayahnya berkhidmat dengan PDRM di Kuala Terengganu. Saya memaklumkan bahawa insyaAllah, kita berjumpa masa konvo Aqmal pada tahun depan. Saya kena bergerak dulu.
Saya juga ingin bercerita tentang YT Midtown hotel yang saya diami…
Hotel ini pada saya agak ‘reasonable’, ada sejadah tersedia dalam bilik, ada al-Quran dalam laci dan yang paling best ialah ia berdekatan dengan Masjid Abidin, Masjid Negeri Kuala Terengganu.

Antara komen ex staf Fakulti Mekanikal, Tn. Hj. Jemain Abdul Rahim bersama isterinya yang saya jumpai di hotel tersebut adalah mereka selalu duduk di hotel ini jika ke Kuala Terengganu kerana dekat dengan masjid.

Kalau tidak silap saya Tn. Hj. Jemain sudah 12 tahun bersara tetapi badannya masih sihat sejahtera. Semoga Allah memberi kesihatan yang berpanjangan kepada suami isteri ini.
Esok bermulalah sesi penyeliaan di Kelantan pula…