Alhamdulillah, sambil menyelia pelajar yang membuat Latihan Industri (LI), sambil menyambung sillaturrahim. Mat Salleh kata, “Kill two birds with one stone.”
Petang semalam, Aniza bersama suami datang ke rumah di Pengkalan Chepa. Aku, Ma dan Aniza adalah sekelas semasa Tingkatan 4 Bangunan 1 (1980) dan 5 Bangunan 1 (1981) di Sekolah Menengah Teknik Terengganu (SMTT). Sejak kami berpisah pada tahun 1981, inilah pertemuan semula kami yang pertama… 41 tahun yang lalu.

Petang tadi Zukarina dan umminya pula datang ke rumah. Zukarina Mohd Kassim juga rakan sekelas kami di SMTT. Ma dan Zukarina memang berkawan sejak sekolah rendah lagi. Ummi Zukarina dań ibu Ma juga adalah kawan sejak sekian lama. Malah arwah ayah Zukarina dan arwah ayah Ma juga kawan sejak dulu lagi…

Alhamdulillah, Zukarina telah mendapat cucu pertama beliau. Yusoff namanya. Baru berusia 13 bulan.
Bila kita meniti hari tua, berhubung semula dengan kawan-kawan merupakan suatu perkara yang seronok dilakukan. Banyak nostalgia lama boleh diimbas kembali.
Aku mendoakan supaya hubungan sillaturrahim kami berpanjangan hingga ke Jannatul Firdaus insyaAllah!
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, berkati dan rahmatilah kami!