Menyelia Pelajar Terakhir Di Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok, Kelantan.

Alhamdulillah selesai sesi penyeliaan pelajar-pelajar yang membuat Latihan Industri di Terengganu dan Kelantan. Yang terakhir tadi (16 Jun 2022) ialah saudara MUHAMAD ANIQ HAIKAL BIN ROSMAN di Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok, Kelantan.

Apa yang menakjubkan saya ialah budak MCKK boleh mengambil kursus Pentadbiran dan Pembangunan Tanah. Biasanya mereka memilih kursus yang lebih berprestij.

Walau apapun tahniah Aniq! ‘You are the selected few!

‘Pelajar-pelajar LAD ini saya tidak pernah mengajar dan saya tidak pernah kenal berbanding dengan pelajar-pelajar PHT yang mana saya mengajar mereka subjek ‘Town & Country Planning’ semasa mereka di Tahun 2 dulu.

Saya tidak lupa untuk mengucapkan Hi (Assalamu’alaikum) kepada rakan saya, saudara Ezazee Embong yang menjadi Setiausaha Majlis Daerah Bachok (MDB). Kalau tidak silap saya, beliau juga pernah berkhidmat sebagai CADO di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok. Tuan S/U MDB ini juga adalah rakan sekolah saya di Teknik Terengganu.

Walau bagaimanapun beliau agak sibuk pagi tadi kerana ada program bersama AADK dan lain-lain pejabat di Pantai Senok.

Sebelah petang adalah masa untuk saya menziarahi kakak-kakak saya yang berada di Palekbang sebelum berangkat pulang ke Johor Bahru esok pagi. Saya juga sempat pergi ke Kg. Laut untuk membeli serunding yang ditempah oleh kawan-kawan BDO.

Masa yang ada begitu terbatas. Kalau ada lagi masa, saya juga ingin menziarahi adik saya di Chabang Empat, mengeteh bersama Mazlan (bekas pelajar LAD), ‘breakfast’ bersama rakan-rakan ex-SMSI, menziarahi sepupu (Kak Wan @ Rugayah) yang kurang sihat dan bermacam-macam lagi.

Apapun kita hanya mampu melakukan pada kadarnya… alhamdulillah! Di lain masa kita datang lagi insyaAllah.