Lawatan Akademik pelajar-pelajar kelas ‘Town & Country Planning’ ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan PLANMalaysia hari ini (23 Jun 2022).
Pelajar-pelajar kelas saya dari tahun 1, Kursus Pentadbiran dan Pembangunan Tanah telah merancang agak lama untuk membuat lawatan ini dan alhamdulillah ia terlaksana jua.

Saudara Fikri selaku pengarah program serta AJK beliau berhempas pulas untuk menjayakannya.
Kami bergerak seawal 5 pagi dari parkir bas Fakulti Alam Bina. Kita berhenti solat subuh di R&R Machap alhamdulillah. ‘Appointment’ kami dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ialah pada pukul 9.30 pagi tetapi kami tiba agak awal di sana.

Penerangan dari Pengarah Penilaian MBMB, Sr Hj. Mohd Nasir amat baik sekali kepada pelajar-pelajar kami. Beliau juga merupakan alumni UTM Skudai.
Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada beliau dan staf kerana sanggup dan sudi menerima kunjungan kami.

Pada sebelah petangnya, lebih kurang pukul 2.30, kami berkunjung pula ke PLANMalaysia di Putrajaya. Banyak ilmu-ilmu bermanfaat yang ditimba dari 3 orang pembentang kertas kerja mereka.
Mereka sungguh baik hati menerima kunjungan kami.

Pada minggu depan katanya, mereka pula akan berkunjung ke FABU.
Saya juga sempat menceritakan kepada pelajar-pelajar saya bahawa PLANMalaysia atau Jabatan Perancang Bandar dan Desa ini begitu dekat di hati saya. Ia bermula seawal tahun 1982 apabila JPA menawarkan biasiswa untuk saya melanjutkan pelajaran dalam bidang ini di University of Louisiana, USA. Kemudian saya juga melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Kansas State University pada tahun 1986 dimana mantan Ketua Pengarah JPBD Datuk Zainuddin Muhammad juga merupakan alumni universiti tersebut. Profesor Vernon Daines memaklumkan kepada saya pada tahun 1988 supaya apabila saya balik ke Malaysia nanti untuk menemui Datuk Zainuddin. Dan alhamdulillah perkara tersebut telah saya tunaikan.

Kedua, classmate saya di Sekolah Menengah Teknik Terengganu En. Che Rasid Che Seman merupakan Pengarah Projek Zon Utara PLANMalaysia.
Mudah-mudahan kita akan saling mengeratkan hubungan sillaturrahim sesama kita, insyaAllah.