Hari ini (24 Jun) membawa pelajar-pelajar tahun 1 SBET melawat kampus UTM KL. Ramai yang belum mengenali ‘UTM city campus’. Pada tanggapan mereka UTM KL hanya kecil sahaja tetapi apabila kita memulakan tour dari tempat parkir bas UTM, penat juga mereka berjalan!
Secara kebetulan ada seramai 5 orang pelajar-pelajar lepasan Diploma UTM KL di dalam kelas ini. Merekalah yang menerangkan secara jelas kedudukan dan lokasi fasililti yang berkaitan di sini. Saya hanya mengekori mereka dari belakang.
Saya juga bertembung dengan bekas felo saya dulu, PM Dr Asnul Dahar. Beliau menjadi felo saya semasa saya menjadi pengetua Kolej 16 & 17 (KDOJ). Prof Asnul bersama isteri dijemput Allah untuk menunaikan fardhu haji buat kali kedua. Semoga mereka beroleh haji yang mabrur insyaAllah.
Saya juga terserempak dengan En. Tariq Rahmalan yang merupakan mantan ALK Koperasi UTM Bhd. Selamat maju jaya juga buat En. Tariq.
Selepas selesai membuat UTM tour, kami menunaikan solat jumaat di masjid UTM KL.
Akhirnya kita bertolak pulang sekitar jam 2.30 petang. Kami menunaikan solat maghrib dan Isya secara jamak qasar di R&R Kulai.
Alhamdulillah kami sampai di UTM JB selepas maghrib kerana jalan agak congested. Dan aku sampai di Bandar Dato Onn sekitar jam 8.30 malam.