Al-Walla’ Wal Barra’

Semasa dalam perjalanan ke tempat untuk memberi tadzkirah (peringatan) malam tadi, saya memaklumkan kepada isteri bahawa saya dahaga air mineral sejuk!

“Tak apa, nanti di sana dia ‘provide’ air”, balas isteri.

Selesai memberi pengisian al-Walla’ wal Barra’ dari pukul 9.15 hingga 10.15 malam, kami beredar ke kedai mamak kerana tiada air yang disediakan. Mungkin pihak penganjur lupa…

Saya ‘order’ limau ais, roti nan biasa dan sup kambing untuk dikongsi bersama isteri. Isteri seperti biasa ‘order’ nescafe kurang manis.

Ditakdirkan Allah SWT, kami berjumpa dengan Tn. Hj. Damon yang juga makan bersama adiknya di situ. Apa lagi, Tn. Hj. Damon turut membayar bil makan dan minum kami jua…

Semoga Allah SWT membalas Tn. Hj. Damon dengan sebaik-baik balasan dan dimurahkan jua rezeki kepadanya.

Itulah rezeki Allah, ada dimana-mana. Yang penting kita walla’ kepadaNya semata-mata. Tiada yang lain, kita al-Barra’ kepada ilah yang lain!

Allahumma salli ‘ala Muhammad. Wa’ala alihi Muhammad.