
Bergambar di akhir kelas hari ini. Minggu depan dah mula minggu ‘study week’.
Seterusnya pelajar-pelajar akan mengambil Peperiksaan Akhir sebelum pulang bercuti sementara menunggu semester akan datang.
Apa-apapun banyak juga pengalaman saya bersama mereka. Pernah naik bas bersama, sama-sama tidur di asrama UTM KL dan sebagainya.
Ramai juga yang kena marah, kena tegur, kena puji… seperti anak-anak saya sendiri.
Saya harap mereka tidak mengambil hati dan menerima teguran saya secara positif.

Cuma, apabila mereka graduat nanti, saya sudahpun bersara. Mereka akan graduat dalam masa 3 tahun manakala saya akan bersara pada tahun 2024 insyaAllah.
Selamat maju jaya wahai pelajar-pelajarku. Aku mengasihimu sepertimana aku mengasihi anak-anakku.