Disapa Mantan ‘Young Officer’

Aku disapa oleh seseorang. Aku bertanya, “Saya mengajar awak ke dulu?” “Tak”, balasnya.

Tetapi aku dapat mengesan dimana aku kenal dia kerana dia memanggilku tuan. Kami dalam kor Askar Wataniah, Tentera Darat memanggil orang yang lebih tinggi pangkatnya dengan panggilan ‘tuan’.

“Semasa saya junior dulu, saya mengangkat barang-barang tuan dari rumah di Taman Pulai Utama ke Bandar Dato Onn”, sambung Akram lagi.

Pada tahun 2013, saya meminta jasa baik Chief Instructor (C.I) untuk menggunakan lori askar 3 ton bagi mengangkat barang-barang rumah yang terdiri dari perabot, peti ais, katil dan sebagainya ke rumah baru. Kita juga menggunakan pertolongan kadet bagi tujuan ini. Seingat saya, ada beberapa belas kadet peringkat saya yang saya minta mereka bantu dan ‘of course’ mereka di jamu dengan KFC. Kebiasaannya, orang atasan akan membenarkannya atas alasan untuk kebajikan staf.

Akram adalah pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan ditauliahkan sebagai Pegawai Muda (Lt.M) oleh Seri Paduka Baginda YDP Agong pada tahun 2015.

Beliau berkhidmat sebagai jurutera dengan KTM.

Saya merasa cukup terharu apabila ada saja pelajar yang menegur kita. Ya lah… untuk kita mengingat mereka kesemuanya adalah ‘almost impossible’.

Cuba bayangkan berapa ribu pelajar yang telah saya kenal sejak mengajar di UTM bermula tahun 1995. Ini tidak termasuk lagi yang dibawah jagaan saya semasa menjadi Pengetua di Kolej Siswa Skudai, Kolej 12, dan Kolej 16 & 17. Begitu juga yang berada dibawah peringkat saya dalam PALAPES UTM.

Apa-apapun terima kasih Akram kerana menegur saya. Saya sangat menghargainya.