DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI JAWATANKUASA PERHUBUNGAN KAWASAN (JOHOR) SESI 2022-2024

Semalam selepas solat Jumaat, sekitar 2.45pm, bermulalah Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) Johor yang dihoskan oleh Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB) Pusat.

Mesyuarat berakhir sebelum pukul 5 petang.

Saya dilantik oleh Ahli Lembaga Koperasi KMMB untuk menerajui KMMB Johor. Sesiapa yang belum menjadi ahli Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB) bolehlah mengisi borang secara online dan menghantarkannya ke ibupejabat KMMB.

Keahlian KMMB terdapat di seluruh negara. Jumlah anggota KMMB keseluruhannya adalah melebihi 30,000 dan di Johor terdapat lebih 2 ribu anggota.

Jom, kita sama-sama berjihad meningkatkan ekonomi orang Islam.

Banyak kelebihan-kelebihan yang ada apabila kita menjadi anggota koperasi. Kita boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah, tanah, kenderaan dan sebagainya dengan harga faedah yang rendah.

Kita juga boleh memohon manfaat jika berlaku kemalangan serta musibah. KMMB juga menyediakan kemudahan anugerah abrar bagi anggota dan anak-anak anggota yang mendapat kejayaan dalam peperiksaan besar serta menjadi seorang tahfiz.

Let’s do it!

Jom jadi ahli…