Duyufurrahman

Surau Perjiranan 11 meraikan Tn. Haji Mustafa Kamal dan isteri yang akan menunaikan fardu haji pada tahun ini.

Alhamdulillah beliau dapat menjadi tetamu Allah pada tahun ini.

Kita mendoakan supaya Tn. Hj. Mus dan isteri diberikan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesabaran serta mendapat haji yang mabrur insyaAllah.

Anak-anak dan harta yang ditinggalkan buat sementara di tanah air, mudah-mudahan dijagai Allah dengan sebaik-baik jagaan insyaAllah.

Sebelum ini kita telah meraikan 2 pasangan duyufurrahman yang terlebih dahulu ‘confirm’ mendapat panggilan haji.

Akhir sekali saya mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali kepada ketiga-tiga pasangan hujaj kita insyaAllah.