LADS D’ NIGHT

Saya telah menghadiri Program LADS D’ NIGHT di Impiana Hotel malam tadi (1 Julai 2022).

Saya menghadiri program ini diatas kapasiti sebagai Penasihat Kelab ‘Land Administration and Development’ (LAD).

Program ini adalah untuk meraikan pelajar-pelajar tahun akhir yang akan bergraduat pada penghujung semester ini. Ia juga merupakan program untuk meraikan penerima-penerima Anugerah Dekan sepanjang semester lepas.

Hanya saya dan Dr. Norhidayah Md Yunus dari kalangan pensyarah yang hadir.

Pelajar-pelajar nampak ‘happy’ dengan berpakaian bertemakan ‘casual black and white’.

Program berakhir sekitar jam 11 malam.