Semalam sesi viva untuk pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dan Pembangunan Tanah (LAD) bersama pasangan saya Dr Ainur Zaireen Zainudin. Dari pagi hingga ke 1 petang sahaja.
Pelajar-pelajar adalah seramai 12 orang untuk sesi kami. Viva dibuat secara ‘online’ walaupun majoriti pelajar sudah berada di kampus.
Banyak juga sesi yang berjalan serentak semalam. Saya rasa ada 5 sesi yang mana 2 orang pensyarah ‘attend’ bagi setiap sesi. Pelajar-pelajarpun lebih kuranglah bilangannya iaitu antara 10 hingga 12 orang bagi setiap sesi.
Sebenarnya kalau ia diambil secara positif ia merupakan suatu latihan untuk pelajar-pelajar berlatih untuk proses temuduga mereka nanti untuk mendapat kerja bila mereka tamat belajar.

Mereka diuji dengan pertanyaan-pertanyaan. Kadang-kadang soalan yang berupa menguji mereka untuk membuat ‘reasoning’ yang baik tentang kajian yang telah mereka lakukan. Ia juga menguji level keintelektualan pelajar.
Pada saya, cara pelajar menjawab soalan yang ditanya mestilah jelas dan berfakta. Bukan hanya menggunakan logik akal mereka semata-mata. Sebagai contoh, Kenapa awak memilih kawasan kajian ini? Saya memilih kawasan ini kerana ia berdekatan dengan rumah saya…
Tidak salah jawapan itu tetapi seelok-eloknya kita nyatakan kawasan ini dipilih kerana ia adalah kawasan yang tertinggi masalahnya berbanding dengan kawasan-kawasan yang lain di negeri Pasir Berdengung!
Ini lebih rasional dan wajar untuk dikaji.
Apa-apapun, ia terletak kepada kepandaian kita untuk memberi jawapan yang rasional kepada panel.
Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada 12 orang pelajar yang menghadiri viva bersama kami semalam.
All the best to you guys!