Solat Jumaat Terakhir Di Surau Pusat Komuniti Perjiranan 11, Bandar Dato Onn

On the way turun dari Koperasi UTM Berhad selepas menemuduga 8 orang calon untuk jawatan Eksekutif Akaun, saya mendapat panggilan telefon dari Ustaz Amirul Akmal, Pengerak Surau-Surau di N41.

Ustaz Amirul ni baru beberapa hari dilantik menggantikan Ust Dr Fahrul Irfan sebagai penyelaras atau penggerak surau-surau.

“Haji, esok (8 Julai 2022) adalah kali terakhir surau haji buat solat jumaat. Saya akan baca watikah penutupan Surau Perjiranan 11 dari melaksanakan solat jumaat.” Aku hanya terkedu menahan rasa kesedihan. Tetapi aku juga sempat bertanya, “Boleh saya buat rayuan tak?” “Boleh, selepas watikah penutupan dibuat dulu”, balas Ustaz Amirul.

Kalau aku dapat imbas kembali bagaimana surau aku mendapat pengiktirafan untuk membuat solat Jumaat dulu… Pertama kali kami pohon, ia gagal. Masjid Sultan Iskandar pada masa itu hanya mengambil 40 orang jamaah untuk solat Jumaat. Aku diminta untuk menghantar 5 orang warga Perjiranan 11 setiap minggu.

Kami berpandangan sekiranya surau kami mendapat pemasyhuran solat Jumaat maka 40 orang lagi dapat mengerjakan solat fardu Jumaat.

Alhamdulillah, setelah kami membuat permohonan kali kedua kepada Pejabat Kadi, JAINJ telah meluluskan permohonan kami.

Pengoperasiannya sudah lebih dari setahun.

Cuma besok merupakan hari terakhir Surau kami dapat megerjakan solat jumaat.

InsyaAllah kita akan membuat rayuannya nanti!

Doakan kami. Ini bukan untuk mendapatkan apa-apa habuan atau glamor. Cuma kita kesian kepada orang-orang tua yang uzur yang tidak mampu untuk berjalan kaki ke Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn untuk mengerjakan solat Jumaat. Ia juga menggalakkan anak-anak untuk mengerjakan solat Jumaat juga.

Ya Allah permudahkanlah permohonan kami nanti.