Sukarelawan Masjid Sultan Iskandar, BDO

Alhamdulillah selesai menjadi Ketua Kumpulan 2, sukarelawan ibadah korban Masjid Sultan Iskandar (MSI), Bandar Dato Onn semalam.

Saya dengan rendah diri mengucapkan jazakumullahu khairan kathira kepada ahli kumpulan saya yang bertungkus lumus menyiapkan lapahan, pemotongan daging dan tulang dari pukul 7.30 pagi hingga 10 pagi. Kami menyiapkan Lembu 2 dan Lembu 12. Keseluruhan lembu untuk MSI ialah 21 ekor.

Terima kasih Hj. Zul, Hj. Zuraimi Mustapha, Ustaz Ariff Jasiman, En. Nasir, anakanda Ali Mamu, anakanda Imran Mamu, anakanda Luqman Hakim Zuraimi, En. Omar, En. Kashif Rasheed dan Hj. Samsul Bahari. Semoga Allah membalas jasa tuan-tuan sewajarnya.

Saya juga berkorban dengan Sekolah Hidayah melalui Dana Hidayah yang mana 2/3 dari bahagian saya telah saya agihkan kepada anggota Koperasi UTM Berhad. Mudah-mudahan ada pahala untuk saya dan semoga saya boleh berkorban lagi pada tahun hadapan insyaAllah.

Doakan semoga saya bertambah rezeki serta selamat di dunia dan di akhirat. Selalunya bahagian korban saya, saya agihkan kepada penghuni flat Bukit Mutiara tetapi pada tahun ini, kita berikan kepada orang lain pula.

Selalulah kita berkorban semoga Allah SWT menyayangi kita!