Audit Program Ijazah Sarjana Muda LAD

Suatu sesi audit Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dan Pembangunan Tanah pada 18 Julai 2022.

Sesi pihak auditor dengan para pensyarah diadakan dari pukul 2 hingga 3 petang.

Pihak auditor padaku agak ku kenali. Tetapi ia bukanlah bermaksud apabila kita kenal, soalan-soalan yang akan ditanya semuanya senang, selamat dan tidak mencabar minda. Professor Dr. Ismail Omar merupakan Naib Canselor Geomatika Universiti dan mantan supervisor ku (bahkan pelopor kepada Kursus LAD bersama Tn Hj Zahib Deraman), PM Dr. Abdul Jalil Omar dari UTHM, pernah aku kenali semasa beliau belajar di UTM dulu dan Dr. Aizur adalah bekas pelajarku dulu, yang sekarang ini berkhidmat di MJIIT UTM KL.

Rakan-rakan seperjuanganku yang bersama dalam sesi tadi Dr. Salfarina, Dr. Ainur Zaireen Zainudin, Dr. Norhidayah, Dr. Zafirah sudah pasti akan meneruskan lagi kecemerlangan obor LAD yang kita sama-sama sayangi. Ini tidak bermakna yang tidak bersama tadi kurang komitmennya tetapi mereka juga berkobar-kobar semangat bersama LAD.

Aku selaku yang paling berusia diantara yang ada sebagai pensyarah kanan redha dengan ketentuan Allah. Harap-harapnya, akan ada pensyarah kanan dari kalangan bekas pelajar-pelajarku yang akan memegang jawatan Prof. Madya dan Professor kerana kamu mempunyai pelajar-pelajar ijazah kedoktoran. Aku sudah menghampiri garisan penamat…

Selamat maju jaya semua.