Citra Karisma UTM 2022

Hari ini adalah hari Citra Karisma UTM. Hari untuk meraikan mereka yang cemerlang sepanjang tahun lepas (2021).

Aku merupakan seorang yang kurang cemerlang, hanya sekali aku naik pentas untuk Citra Karisma ini. Rasanya tahun 2007. Dapatlah bonus RM1,000 pada masa tu.

Sebelum itu lagi best, bila kita cemerlang kita dapat naik tangga gaji, menegak, melintang dan sebagainya. Aku cuma dapat RM1k saja. Itupun alhamdulillah.

Cuma yang aku ‘good at it’ ialah bahagian ‘webometrics’. Tahun 2015, kali pertama ia diperkenalkan dan aku menang. Jadi dapatlah hadiah RM500 untuk kategori individu.

Pada awalnya, akupun tak berapa nak faham apa maksud webometrics… Tetapi apabila kita tahu ia membantu meningkatkan ‘ranking’ universiti maka kitapun pulunlah. Bab-bab lain untuk bantu UTM, kita tak berapa nak mahir, maka pulun sakanlah apa yang kita mahir dan boleh.

Kalau tak, terasa malu juga… Makan gaji dengan UTM tetapi sikitpun tak boleh menaikkan imej UTM.

Nak membuat penyelidikan banyak-banyak macam orang lain, kita tak pandai… Nak menulis buku banyak-banyakpun, kita tak pandai tetapi ada la juga sebiji dua. Kata orang tu, tak adalah cock-up sangat.

Selepas tahun 2015 aku menang webometrics kategori individu, aku masuk lagi pada tahun 2017 tetapi hanya setakat finalis aje.

Alhamdulillah tahun ini, aku masuk lagi. Bukan apa, seronok-seronok ‘share’ sedikit pengalaman yang ada. Bila baca nanti, kalau elok ambiklah dia sebagai iktibar, jika tak elok, buang pi jauh-jauh…

Ok noh… Terima kasih.