Hadiah Daripada Pelajar

Mendapat buah tangan daripada 3 orang pelajar saya hari ini (15 Julai 2022). Sepatutnya kita belanja mereka tetapi mereka belanja kita.

Mungkin a show of an appreciation. Kita kesian mereka pelajar-pelajar tahun 1, duit nak makan entah ada entah tiada.

Apapun, I really appreciate it. Mat Salleh kata, it’s not the value of a present but its thought that counts.

Universiti pula hendak pensyarah masukkan dalam e-lppt ke, TES ke apa, benda-benda macam ni la. Nak tunjuk bahawa pelajar-pelajar sanjung kita, hargai kita…

TES ni rasanya aku tak pernah isi kerana penolong pendaftar aku kata, orang nak pencen tak isipun tak apa.

Kata-kata di kad itu menusuk kalbu juga.

Aku berterima kasih diatas pemberian ini dan mudah-mudahan kalian semua berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi.

Terima kasih!