Pulangkan Projek Sarjana Muda (PSM)

Khairunnisa, Fatini dan Izzati datang ke bilikku lebih kurang pukul 11.15 pagi semalam. Sebenarnya, Khairunnisa telah membuat ‘appointment’ dengan aku semalam untuk berjumpa pada pukul 11 pagi.

Aku seperti biasa, menunggu temujanji sehingga pukul 11.07 minit tetapi tiada bayangpun tiba. Aku bergerak ke pejabat ‘post-graduate’ untuk mengambil kertas jawapan ‘final exam master’ yang dibuat di KL.

Lambat juga, ‘exam’ hari jumaat lagi tetapi hari Selasa baru sampai. Katanya hendak dihantar sekali dengan ‘paper’ yang ‘exam’ hari Ahad. Biasalah nak jimatkan kos…..

Tiba-tiba telefon berbunyi, “Dr, kat mana? Saya dah depan bilik.” Saya pulang paku buah keras “Awak buat ‘appointment’ dengan saya pukul berapa ya? Saya tunggu sehingga pukul 11 lebih tapi awak tak adapun”, balasku. “Oh, saya dekat bilik Dr. Ainur tadi…”

Biasalah, aku sentiasa mendidik pelajar ‘to be punctual’. Ayat biasa aku adalah dalam tentera, kalau awak tak sempat lari keluar dari garisan bom walau satu saat, ‘you’re dead meat’.

Sesampai aku ke bilik, ada Khairunnisa dan Fatini. Masing-masing memegang makanan untuk diberikan kepadaku. “Ini saya punya untuk Dr, ini Fatini punya untuk Dr. dan ini Izzati punya untuk Dr.”Izzati belum sampai kerana dia tengah ‘interview’ kerja secara ‘online’, tambah Khairunnisa.

Sebenarnya Khairunnisa ingin memulangkan tesis ‘or rather’ PSM yang dipinjam dari aku.

So, kami berborak-borak sehingga Izzati muncul. “So, how was it?,” tanya aku. “It’s ok tapi saya belum ‘commit’ sebab esok ada satu lagi interview,” balas Izzati. Yang ini lebih kepada ‘admin’ dan gajinya RM1,800 manakala yang esok ‘sales and marketing’ dan gajinya RM2,300.

Tak apalah pilih yang terbaik! Rezeki Izzati kerana telah memohon kerja dan dipanggil ‘interview’. Khairunnisa dan Fatini belum memohon lagi.

Aku tanya Izzati bagaimana beliau mengenali aku kerana aku tak pernah mengajarnya. Dan tidak juga menjadi panel vivanya.

Beliau memberitahu bahawa dia hanya mengenali aku semasa “LADS Dinner Night” pada 1 Julai lalu. Dia berkata semasa aku berucap di Impiana Hotel, aku nampak macam ‘fatherly’…