Kill Two Birds With One Stone…

Bertolak dari Bandar Dato Onn (BDO) pukul 5 petang semalam. Aku, Ma dan Kak Ngah bergilir-gilir memandu. Memang memenatkan… ‘Actually’ kami berlima, aku, Ma, Kak Ngah, Sakinah dan Syakir.

Aku mula memandu dari BDO sehingga Rompin. Kami berhenti solat Maghrib dan Isya secara jamak qasar di Masjid Rompin lebih kurang pukul 8 malam. Kita makan malam di Rompin juga.

Agak jauh juga aku ‘drive’, alhamdulillah. Selalunya sejam aje aku bertahan. Apa-apapun, kami ‘keep on changing the driver’, rasa-rasanya mungkin lebih 2 kali seorang. ‘At last, we arrived at Pengkalan Chepa about 5 minutes before 4am’.

Selepas solat Subuh berjamaah di rumah Bu, kami mengajak Bu untuk ‘breakfast’ di Ayang Cafe. Bu tak berapa sihat, so, kami berlima aje pergi.

Sebelum pergi ‘breakfast’, aku sempat ‘check’ gula dalam darah. Aku punya 7.7 dan catatan untuk Bu ialah 8.5. Oklah, tak tinggi sangat! Mula-mula rasa takut juga nak ‘check’ sebab masa memandu malam tadi, aku meminum kopi dalam tin. Manis yang amat sangat!

Setelah habis makan dan ingin bergerak pulang, aku ternampak satu sosok badan yang agak ‘familiar’. Tanpa lengah, aku menyapa beliau dan memperkenalkan diriku.

Akhi Roslan Mohamad dari KL atau Selangor. Akupun kurang pasti.

Beliau mempunyai tugas di Kota Bharu.

Aku pula ada ‘slot lecture’ di SUK Kelantan pada hari Ahad ini, 8.30 pagi hingga 5 petang. Kalau ikut hati memang nak naik ‘flight’ dan duduk di hotel aje. Tapi isteri ingin ikut menziarahi ibunya yang keseorangan di rumah di Pengkalan Chepa.

Agak kerap juga aku balik Kelantan akhir-akhir ini. Mula-mula sekali masa mula berpuasa hari tu. Kemudian semasa melawat pelajar Latihan Industri pada bulan lepas. Dan sekarang, ada kelas di SUK

Bila ada peluang sebegini, memang tidak dibiarkan ia berlalu… Ziarahlah orang tua kita di kala mereka masih ada.

Ziarah orang hidup tidak sama dengan menziarahi pusara.