
Nafisah Thuraya, salah seorang dari 6 orang pelajar Projek Sarjana Muda (PSM) ku datang memulangkan tesis yang dipinjamkan.
Nafisah sudah tamat pengajiannya pada semester ini. Aku mendoakan semoga beliau mendapat kerja yang diidam-idamkan dalam masa terdekat.
Biasalah bila tamat pengajian, pelajar akan datang menjumpai kita dan meminta ilmu dihalalkan.
Kita pula begitu mengharapkan agar apa yang dicurahkan akan menjadi ilmu yang bermanfaat yang sudah pasti amat didambakan untuk bekalan di hari kemudian iaitu selepas roh berpisah dari jasad.
Semua kita mengetahui bahawa apabila mati seseorang anak Adam maka yang menjadi bekalannya adalah doa dari anak-anaknya yang soleh dan solehah, sedekah jariah serta ilmu yang bermanfaat yang telah diajarinya.
Kita juga amat mengharapkan doa-doa dari mereka jua supaya kita selamat bukan sahaja di dunia malah di akhirat nanti.
Saya juga memohon ampun dan maaf sekiranya ada kekurangan dan kekhilafan semasa saya menjadi penyelia kepada pelajar-pelajar saya.
Selamat Maju Jaya buat Nafisah Thuraya… All the best to you!