Pokok betik yang agak unik. Daun-daunnya berada di cabang yang satu lagi. Cabang ini hanya dipenuhi dengan buah.

Itulah kejadian Allah SWT. Pokok yang agak pelik.
Kadang-kadang kita berjumpa pula binatang yang agak berbeza dengan ‘species’ yang sama dengannya.
Begitu juga dengan manusia. Ada yang sempurna dan ada juga yang kurang sempurna. Yang tak sempurna, kita panggil orang kurang upaya (OKU).
OKU diberi peluang yang sama dengan manusia yang sempurna di negara-negara barat. Fasiliti untuk mereka disediakan. Mereka juga diberi hak keutamaan yang lebih berbanding dengan mereka yang sempurna…
Kadang-kadang saya terfikir, sekiranya kita ada anak OKU maka adalah lebih baik jika kita menetap di negara barat. Fasiliti bagus, layanan baik dan OKU merasa mereka dihargai.
Masjid dan surau kitapun tidak banyak yang mempunyai kemudahan untuk OKU. Seolah-olah seperti OKU tidak perlu dekat dengan Allah SWT. Sedihkan…
Malah mereka yang OKU inilah yang ingin mendekati Rabbul Jalilnya. Tetapi fasiliti kita masih jauh ke belakang….