
Program pada pagi tadi. Majlis Penghargaan Hidayah. Aku dijemput selaku Setiausaha kepada Lembaga Pengelola Hidayah.
Jawatan Setiausaha kepada Lembaga Pengelola Hidayah telah aku pegang sejak tahun 1996 hingga 2007 dahulu. Pada tahun ini pegang lagi, kira ‘recycle’lah tu.
Aku dengan Hidayah ni kira agak sinonim. Aku pernah menjadi Timbalan Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) buat beberapa tahun dan pernah menjawat jawatan Pengerusi SMIH selama 3 tahun rasanya…
Kesemua anak-anak aku belajar di SRIH dan di SMIH. Sekarang hanya tinggal seorang dari 9 orang kesemuanya.
Pengorbanan kita kesemuanyalah, ‘financially, spiritually, physically, mentally just to give the best of education to our kids’. Sekurang-kurangnya, itu yang kita percaya.
‘The rest’ kita serah kepada Allah, yang merencana dan menentukan apa yang berlaku di dunia yang fana ini.
Semoga mereka yang dihargai pada hari ini akan terasa penghargaannya. Nampak ramai juga yang mendapat cabutan bertuah.
Ada 2 orang bekas ‘Young Officer’ (YO) PALAPES Darat UTM ingin bergambar bersama…