Kehendak anak kadang-kadang kita cuba juga untuk memenuhinya. Tak selalu kita penuhi kerana kita bukan orang yang berada…
Di dalam borang UPU, anak saya meminta Diploma Senireka dan Senilukis dari UiTM tetapi ditawarkan Diploma Pengurusan Percetakan.
Pilihan kedua ialah ‘Architecture’ UIAM… ‘Of course’ lah tak dapat sebab UiTM dah tawarkan Diploma Pengurusan Percetakan.
Maka kita sebagai si ayah cubalah tanya kawan-kawan dari UiTM, UIAM dan sebagainya untuk mencuba memenuhi hasrat anakanda.
Bolehkah kita masuki aje UiTM dan cuba tukar setelah berada di sana… Ada kawan kata susah bila kita dah terima apa yang dia ‘offer’. Kalau macam tu, ramai yang akan membuat begitu, kata mereka lagi.
Ada yang menyuruh supaya membuat rayuan ke UIA aje… Ada rezeki dapat.
Demi untuk memenuhi kehendak anakanda yang kelapan, aku ada juga tanya Diploma ‘Architecture’ UTM yang dikelolakan di bawah UTM SPACE. ‘Fee’nya RM31k lebih. Hari ini (6 Ogos) adalah ‘interview’ yang terakhir dibuat jika anak aku berminat untuk menghadirinya. Sudah 2 kali ‘interview’ dibuat. Anak aku pula tidak mahu. Mungkin dia kesian kepada ayahnya takut kena bayar mahal!
![](https://people.utm.my/wanibrisam/files/2022/08/297779609_10228099881705263_1622036852787899273_n.jpg)
Perbelanjaan pengajian anak-anak aku yang lepas-lepas seramai 7 orang, hanya Kak Long yang membuat ‘Medic’ di Mesir yang mendapat biasiswa. Achikpun kemudiannya dapat juga di UM dulu. Yang lain-lain Angah (UIAM), Abang (Al-Azhar Univ), ‘Ammar (PUO), Rasyid (UiTM), Sakinah (UIAM), semuanya aku tanggung.
Akhirnya, kami membuat rayuan ke UIAM, jika ada rezeki dapat. Hujung minggu ini adalah pendaftaran Asasi UIAM di Gambang. Katanya ada beberapa ‘batches’…
Kalau mengikut kawanku Prof Anizu dari UiTM, pada bulan November nanti iklan kemasukan ke UiTM akan dibuka untuk kemasukan bulan Mac 2023. Ini tidak melalui UPU. ‘Worse comes to worse’, inilah pilihan terakhir kami nanti.