Amanah Tercabar!

Semua orang ingin mencari jalan mudah… Susah-susah ni lecehlah.

Setiap akaun dibuat oleh Bendahari Persatuan dan ia perlu di’approve’ oleh salah seorang samaada Pengerusi atau Timbalan Pengerusi untuk mengeluarkan wang.

Jika yang sepatutnya meng‘approve’kan itu hendak senang, ia berikan aje ‘username’ dan ‘password‘nya kepada Bendahari.

Maka Bendahari akan membuat pengeluaran dan Bendahari juga yang ‘approve’. Senangkan!

Jadinya, langkah keselamatan yang dibuat bagi tujuan menjaga penyelewengan wang menjadi ‘kaput’ atau hancur.