Doa Boleh Mengubah Takdir

Kelmarin hari Rabu, saya ke Restoren Aminah. Pada saya rojak di Restoren Aminah adalah jauh lebih sedap berbanding dengan restoren-restoren yang ada di sekitar Taman Daya atau Bandar Dato Onn. Kuahnya lebih terasa!

Selesai makan, saya terus ke Masjid Sri Pulai kerana waktu solat zohor sudah masuk. Di sini saya berjumpa dengan Dr. Mahmud Jusan, pesara FABU, UTM dan Tn. Hj. Othman Awang, yang juga pesara UTM. So, kami sempatlah berborak-borak sebelum menunaikan solat zohor. Apa yang menarik perhatian saya ialah ungkapan perkataan dari Tn. Hj. Othman, “DOA BOLEH MENGUBAH TAKDIR!”

Bukan specialpun ungkapan itu tetapi ‘it caught my mind’.

Beliau menanya saya, “Lambat lagi ke pencen?” Saya menjawab, “Ada 2 tahun lagi Tn. Hj., kalau sihat.”

“InsyaAllah, semoga dapat merasai keseronokan pencen dan mudah-mudahanan sihat. Kita doakan supaya sihat dan doa boleh mengubah takdir”, balasnya lagi.

Apa yang saya ingin ‘reiterate’kan di sini ialah walaupun kita sememangnya makan ubat itu dan ini, jangan kita sekali-kali lupa untuk panjatkan doa kepada Allah SWT kerana Dialah segala-galanya. Dia yang menguji kita dengan kesakitan dan dia juga yang Maha Penyembuh segala penyakit. Kebiasaannya, kita makan ubat seperti rutin dan tidak disandarkan kepada ampunya dunia.

Apa salahnya sebelum kita menelan ubat, kita membaca basmalah, selawat kepada Rasulullah (SAW) beserta dengan doanya.

Jom amalkan.