Pada 20 Ogos 2022, kami AJK Surau Komuniti Perjiranan 11, Bandar Dato Onn menguruskan jenazah ahli kariah kami iaitu Allahyarham Kapt (B) Abdul Rahim bin Sani.
Beliau adalah jiran saya selang sebuah rumah.
Arwah meninggal di Melaka. Beliau dibawa balik menggunakan van jenazah askar dari Hospital Jasin.
![](https://people.utm.my/wanibrisam/files/2022/08/299803124_10228165701070706_477715334153485814_n.jpg)
Arwah berusia hampir 70 tahun dan merupakan anggota tentera dari group elit komando.
Alhamdulillah, saya sempat solat jenazah untuk beliau dan mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan Bandar Dato Onn. Semua urusan selesai menjelang waktu maghrib semalam.
Kita doakan semoga arwah yang kematiannya pada hari jumaat diberikan keluasan tapak kuburnya dan dianugerahkan dengan jannah insyaAllah.
Satu perkara yang saya ‘respect’ urusan kematian anggota askar ialah kebajikan anggotanya begitu dijaga. Hal-hal kebajikan askar memang terbaik! Dijagai semasa sedang berkhidmat hingga ke akhir nyawanya.
Tidak kurang juga penting ialah rakan-rakan satu rejimen atau kor turut sama datang meraikan kawannya yang telah meninggal dunia. Memang semangat espirit de’corp.
Semoga ke syurga wahai jiranku…