Hari ini (24 Ogos 2022), Bandar Dato Onn ketiadaan air, bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam. Kadang-kadang kita mengambil mudah tentang bekalan air yang disediakan. Walhal Rasulullah (SAW) bersabda supaya kita berjimat cermat walau mengambil wudhu’ di air sungai yang mengalir.
![](https://people.utm.my/wanibrisam/files/2022/08/301141108_10228178154422032_8171417216782313953_n-1024x792.jpg)
Teguran buat diri saya dan keluarga supaya lebih berjimat cermat tentang penggunaan air ini. Bil air kami memang tinggi, kadang-kadang mencecah RM300 lebih. Ya lah bilangan isirumah kamipun seramai 11 orang. Tidak termasuk lagi cucu-cucu (kucing) seramai 6 ekor yang sangkarnya perlu dibersihkan pagi dan petang.
Cumanya masing-masing kena berperanan dan peka tentang kemudahan air yang digunakan…