JDT menang malam tadi dan Johor diisytiharkan cuti pada hari ini (11 September 2022).
Cuma kami tidak bercuti kerana menghadiri Majlis Anugerah Kesatuan Sekerja Peringkat Negeri Johor 2022 di Bilik Latihan Oasis, Johor Port.
Majlis disempurnakan oleh YBrs. Encik Kamal bin Pardi, Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia.
Persatuan Kakitangan Akademik (PKA UTM) memenangi Anugerah Inovasi Kesatuan Sekerja Negeri Johor manakala Kesatuan Kakitangan Am (KKA UTM) menerima Anugerah Kesatuan Sekerja Prihatin Negeri Johor.
Tahniah semua!
InsyaAllah yang berjaya nanti akan bertanding di peringkat kebangsaan mewakili negeri Johor.