Perhimpunan ahli keluarga adalah suatu suasana yang menyeronokkan. Adik beradik datang dari Kota Bharu dan Selangor ke rumah sungguh menceriakan. Ini adik beradik sebelah isteri.
Alhamdulillah setelah bermalam di Desaru semalam, mereka bermalam pula di rumahku.
Untuk menggembirakan hati adik beradik, aku telah membeli daging, ayam, sosej dan daging burger untuk kita membuat BBQ.
Perjumpaan secara santai sambil makan-makan cukup teruja bagi kami yang semakin tua. Yang penting bagi kami adalah anak-anak kami dapat mengenali diantara satu sama lain.
Kita takut mereka sesama sepupu tidak mengenali diantara satu sama lain.
Mereka datang semalam dan hari ini mereka meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. Kami sempat bergambar sebelum mereka beredar.
Hari ini juga (3 September 2022),aku ada dua jemputan kenduri. Satu jemputan En. Ngadiso dan satu lagi jemputan PM Dr Mohamed Ruslan Abdullah yang berbesan dengan Md Nor Daud.
Alhamdulillah, dapat menunaikan kedua-dua jemputan tersebut.