Pejabat PTPTN Johor

Saya ke Pejabat PTPTN Johor pada 19 September 2022 di Tampoi dan ternampak iklan ini.

Pada saya, ia adalah suatu peluang yang baik kepada rakan-rakan yang ada anak yang baru lahir pada tahun ini. Bukan senang hendak mendapat duit free RM100. Tambahan lagi, kita menabung untuk bayi tersebut untuk melanjutkan pelajaran ke universiti nanti.

Kepada yang berhutang pinjaman PTPTN, bayarlah walaupun sedikit-sedikit sebulan. Sekurang-kurangnya, orang lain pula boleh membuat pinjaman nanti.

Pinjaman tetap pinjaman. Tidak membayar pinjaman menjadikan kita sebagai orang yang berhutang.

Rasulullah SAW sendiri tidak mahu menyembahyangkan jenazah si penghutang. Apatah lagi kalau hutang itu melibatkan dana awam. Kepada siapa hendak kita minta dihalalkan?