Pemilihan AJK Surau P 11 Yang Baru

Kita tidak selalunya sihat! Itu yang pasti… Ahli keluarga saya ada yang sakit tekak, rasa tidak sihat badan dan sebagainya. Sympton COVID-19… Cuma saya dan Kak Long rasa sihat alhamdulillah.

Petang semalam, saya ada mesej kepada AJK Surau samaada saya boleh datang atau tidak ke surau? Kerana lepas Isya malam 22 September 2022, ada mesyuarat pemilihan AJK Surau Perjiranan 11 untuk sesi yang baru (2023 -2025).

Mereka kata boleh, alhamdulillah…

Saya juga takut jika kerana saya tak datang, pemilihan tidak dapat dilakukan.

Alhamdulillah, ‘term’ saya sebagai Pengerusi Surau Pusat Komuniti Perjiranan 11 akan berakhir tidak lama lagi. Tempoh saya adalah untuk sesi 2020 hingga 2022.

Saya ingin merakamkan ucapan jazakumullahu khairan kathira kepada kesemua AJK saya yang lalu. Mudah-mudahan amal kita diterima Allah SWT dan diberi ganjaran sewajarnya.

Saya juga ingin memohon ampun dan maaf diatas segala kesalahan dan kesilapan saya sepanjang menjawat jawatan Pengerusi Surau. Bumi mana tak pernah ditimpa hujan? Maafkan saya terutama ahli kariah P 11.

Akhir sekali, saya mendoakan supaya surau kita sentiasa diimarahkan dan disudahi dengan ucapan Selamat Bertugas kepada AJK baharu.