Bengkel Maklumbalas Audit

Kami berbengkel hari ini (26 September 2022). Bengkel Maklumbalas Audit Akreditasi Kursus Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dan Pembangunan Tanah.

Yang penting ada ‘breakfast’ dan ‘lunch’ yang disediakan. Kalau nak komplain pasal makan memang boleh tetapi kesian juga ‘caterer’ yang tak sempat celur mee hoon sewajarnya. Jadi walaupun mee hoon yang agak liat, kita terima seadanya.

Harap-harapnya dilain kali ia tidak berlaku lagi. Dahlah penghantarannya tersalah tempat. Nasib baik kita ada ‘rescue team’ yang boleh membawa makanan ke tempat berbengkel yang sepatutnya.

Mula-mula ingatkan, ada orang nak belanja Burger King tetapi rupa-rupanya ia sekadar selingan duka lara.

Dalam perancangan, bengkel bermula dari 8.30 pagi hingga pukul 5 petang. Tetapi kami berjaya menyiapkannya sehingga jam 3 petang.

Bukti sokongan lain-lain yang diperlukan akan diisi dalam Google Drive oleh pensyarah masing-masing.

Alhamdulillah.