Mesyuarat bersama Majlis Tertinggi LADS (Land Administration and Development Society) yang dibuat secara online pada 24 September 2022.
Mesyuarat berlangsung dari 9 malam dan tamat sebelum jam 11 malam.
Mereka membentangkan 18 aktiviti yang mereka rancang untuk dilaksanakan pada sesi yang akan datang.
Saya selaku Penasihat Kelab LADS cuma memperingatkan mereka beberapa perkara. Antaranya ialah perlu ada keikhlasan. Program yang dibuat dengan ikhlas hasilnya berbeza dengan yang tidak ikhlas.
Mereka juga tidak harus membelakangkan pelajaran mereka. Mereka juga akan mempelajari tatacara berorganisasi. Banyak ilmu yang akan mereka dapat. Hubungan yang akrab sesama AJK akan memudahkan pengurusan sesebuah organisasi.
Semoga mereka berjaya membawa LADS ke mercu jaya yang lebih baik dari sebelumnya InsyaAllah.