Ramai Yang Mohon Bantuan

Dekat-dekat dengan kemasukan pelajar ke universiti, saya mendapat beberapa panggilan telefon dan juga WhatsApp bertanya dan memohon bantuan.

Ada seorang kawan, anaknya mendapat tempat di UMS Labuan. Mohon bantuan saya supaya dapat ditukarkan ke Semenanjung kerana katanya susah nak hantar kerana matanya sudah tidak nampak. Saya memberi nasihat supaya anaknya terus sahaja belajar di sana kerana kalau nak balik Johor, mungkin 2 jam sudah sampai. Kalau belajar di UUM, lagi lambat masa perjalanan untuk balik. Lagipun, jauh perjalanan luas pandangan.

Kes kedua, kawan saya katanya anak sepupunya minta Kejuruteraan Awam di UTM tetapi dapat di UiTM. Keadaan ini agak menyusahkan anaknya untuk menjaga ibunya yang OKU. Sebab dia berada di Johor, saya menasihatinya untuk mencuba membuat rayuan di UTM walaupun saya tahu peluangnya agak susah.

Kes ketiga pula adalah seperti berikut;

[30/09, 09:31] Dr Wan Ibrisam Fikry: Assalamualaikum Prof.

[30/09, 09:31] Dr Wan Ibrisam Fikry: Boleh saya tanya pendapat?

[30/09, 09:33] Dr Wan Ibrisam Fikry: Anak kawan saya buat asasi di UM, dapat 3.5 CGPA. Semua kursus yang diminta melalui UPU tak dapat. Dia minat psychology, UTM terutamanya. Kata UPU boleh buat rayuan melalui UPU atau direct to universiti berkenaan. Ada pandangan macamana nak bantu?

[30/09, 09:35] Prof ZZZ: As salam dr wan.. mint dia buat rayuan kat upu dulu

[30/09, 09:36] Prof ZZZ: Kita ada 2nd intake nanti kalau rayuan diterima tapi bulan 2.

Pandangan kedua dari Profesor yang lain pula…

[30/09, 10:27] Dr Wan Ibrisam Fikry:

[30/09, 09:27] Dr Wan Ibrisam Fikry: Assalamualaikum Prof. Boleh saya minta pandangan. Anak kawan buat asasi di UM, dapat 3.5 CGPA. Semua kursus yang diminta melalui UPU tak dapat. Dia minat psychology, UTM terutamanya. Kata UPU boleh buat rayuan melalui UPU atau direct to universiti berkenaan. Ada pandangan?

[30/09, 09:28] Dr Wan Ibrisam Fikry: Anak kawan maksudnya anak kawan saya.

[30/09, 10:16] Prof Dr HHH: Wkslm. Sy punya pandangan. Jika mmg berminat. Ada satu kaedah yg mmg boleh, tapi mungkin yuran sedikit tinggi. Masuk UTM melalui IDP via UTMSpace

[30/09, 10:17] Prof Dr HHH: Program masih program Perdana UTM. Byr yuran via UTMSpace

[30/09, 10:17] Prof Dr HHH: Boleh semak dgn SRAD/UTMspace

[30/09, 10:25] Dr Wan Ibrisam Fikry: Ok. Tqvm Prof.

Perasaan ingin membantu mereka yang meminta tolong begitu menebal walaupun kita tiada daya dan upaya. Alangkah seronoknya jika kita mempunyai kuasa dan boleh membantu…

Saya ‘relate’kan perkara ini umpama apabila kita berada di akhirat nanti. Ramai yang meminta syafaat supaya dipercepatkan dan diringankan hisab sementara menunggu hari ‘Perbicaraan Agung’. Ramai yang sudah tidak tahan lagi dengan suasana yang agak susah. Mujurlah Rasulullah SAW yang boleh membantu kita…

Jom banyakkan selawat dan salam kepada junjungan nabi kita, Muhammad SAW yang satu-satunya boleh memberi syafaat kepada hambaNya.