Keluar Dari Rumah

Anak-anakku semua sudah keluar atau pernah keluar dari rumah kecuali anak bongsuku yang masih di Tingkatan 2. Kalau Mat Salleh, mereka tak sabar hendak menunggu umur 18 tahun kerana mereka ingin keluar dari rumah dan hidup sendiri.

Aku bukanlah ingin menghalau anak-anak supaya keluar dari rumahku… Dan aku tak kisahpun jika mereka hendak tinggal bersama sampai ke tua. Lagipun aku yang jenis suka tinggal bersama nenek, emak, anak, cucu dan sebagainya atau mat salleh panggil ‘extended family’.

Pada aku, jika kita saling bantu membantu, kehidupan dalam sebuah famili besar teramat sangat membantu dari segi ekonomi, sosial dan sebagainya. Anak-anak kecil bagi sesebuah keluarga tidak perlu dihantar kepada orang lain untuk dijaga. Ahli keluarga boleh saling menjaganya. Aku merasa lebih ‘secured’ dan terjamin bila semua ahli keluarga ada bersama.

Cuma tidak dinafikan, bila kita tidak keluar dari rumah, kita tidak belajar bagaimana ingin hidup sendiri secara berdikari. Bagaimana ingin menguruskan kewangan yang sememangnya terhad? Bagaimana pula ingin bermuamalah dengan orang lain yang tinggal bersama kita. Bagaimana ingin bertolak ansur jika ada ketidakpuasan hati bersama ‘roomates’? Bagaimana hendak meminta bantuan dari kawan-kawan dan sebagainya?

Syakir di Asasi UIAM Gambang. Belajarlah bagaimana kita hidup berkawan? Sakinah di UIAM Gombak, belajarlah bagaimana untuk berinteraksi secara berkesan? Dan semalan Luqman ke USM Penang, sebagai seorang pelajar PhD.

Sudah pasti abah dan ummi tiada bersama untuk membantu menguruskan kehidupanmu. Pandai-pandailah menjaga diri supaya kita tidak ditipu. Manusia di luar sana adalah pelbagai, ada yang baik dan ada yang tidak berapa baik. Gunakan neraca pertimbangan yang bijak dalam menilai hati budi seseorang. Jangan sesekali menipu orang. Jangan sesekali bercakap bohong. Jangan juga berfikiran singkat. Kita ada Allah yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah.

Mohonlah padaNya! Dia Maha mendengar! Solat WAJIB dijaga, tiada kompromi. Seelok-eloknya solat di masjid bagi yang lelaki.

Dan yang pasti abah sentiasa ada. I can lend you my shoulder… Even though I don’t talk much but I always love my kids. Sometimes, I even criticizes but believe me, my criticizing is just to see my kids doing better.

Abah dan ummi sentiasa berdoa semoga anak-anak kami dijagai Allah SWT dengan sebaik mungkin.

Hanya kepada Mu, aku berserah ya Allah!

Radhi tubillahi Rabba, Wa bil Islami deena, Wa bi Muhammadin nabiyyan Wa rasula…