Menghadiri penyampaian Sijil di Hotel Fraser Place, Puteri Harbour, Iskandar Puteri pagi ini (20 Oktober 2022). Antara sijil yang dianugerahkan ialah Sijil Profesional Wakaf yang dianjurkan bersama oleh UTM, UTHM dan MAINJ. Antara bekas pelajar saya yang menerima sijil wakaf ini ialah Pn. Hajjah Farhana yang juga merupakan pelajar terbaik bagi kursus wakaf ini.
Alhamdulillah terlaksana jua setelah beberapa lama tertangguh disebabkan oleh PKP.
Cuma ada lagi yang belum selesai iaitu sesi lawatan ke projek wakaf yang telah dilaksanakan. Kalau ada rezeki kita akan ke Turkey, kalau kurang sikit mungkin ke Indonesia atau Singapura dan kalau lagi kurang sikit mungkin ke Kuala Lumpur atau Pulau Pinang.
InsyaAllah kita akan berbincang tengok, semoga ia akan terlaksana dengan jayanya InsyaAllah.
Dikesempatan ini, saya juga berjumpa dengan En. Sharil Nizam Bin Abdul Rahim, Pengarah Yayasan Warisan Johor yang juga bekas pelajar Sarjana saya dalam bidang Pentadbiran dan Pembangunan Tanah. Saya juga pernah berjumpa dengan beliau di kebun durian di Bekok semasa beliau berkhidmat sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng suatu masa dulu.