Kadang-kadang kita menyatakan kejayaan demi kejayaan dalam muka buku (facebook). Sesekali kita menyatakan kesedihan yang tak tertanggung supaya rakan-rakan turut sama berdoa untuk kita.
Sebenarnya apakah tujuan kita khabarkan kejayaan-kejayaan tersebut?
Adakah kerana kita ingin berbangga? Adakah kerana kita ingin meraih pujian? Adakah kerana tiada semangat yang diberikan kepada kita untuk meneruskan kehidupan.
Pada saya, kebanyakannya ialah kerana tiada semangat yang jitu untuk meneruskan lagi kehidupan yang lebih sempurna.
Memang budaya kita atau mungkin juga ajaran agama supaya kita tidak terlebih seronok dengan sesebuah kejayaan. Kita rata-ratanya lebih tawadhu’ dengan apa juga kejayaan yang diperoleh.
Sebenarnya, kejayaan-kejayaan inilah yang membantu kita dalam mengorak langkah ke hadapan. Biar orang tak puji, asalkan aku merasakan aku menyumbang sesuatu kepada sesebuah institusi. Yang penting aku merasai kepuasannya yang tersendiri.
Contoh yang paling mudahlah ya… Kita mendapat kejayaan sebagai nombor 2 dalam kategori webometrik di peringkat universiti.
Apabila fakulti membuat Majlis Anugerah Kecemerlangannya (MAK) tiadapun nilai kejayaan kita dinyatakan di peringkat fakulti. Tiada nilainya walaupun sekelumit!
Pada aku, manusia menyumbang kepada institusinya berdasarkan kebolehan dan keseronokan untuk melakukannya. Biar sekecil manapun ia… sumbangan tetap sumbangan!
Oleh itu, pada aku sesetengah dari kita melakarkan kejayaan demi kejayaan buat dirinya hanyalah supaya ia dapat ‘keep it going’ sementara menunggu tempoh tamatnya…
Sekadar pandangan aku. Masing-masing mempunyai pandangan masing-masing.