Anak Jiran Kahwin

Esok anak jiran aku akad nikah pukul 10am di rumahnya. Dia jemput kita sekali. Majlis kendurinya lusa (19 November), hari mengundi.
 
Elok juga tengok-tengokkan macamana upacara perkahwinan berlaku. Sebabnya anak kita akad nikahnya pula pada jumaat depan. Mencari pengalaman kata orang…
 
Tapi kita buat di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn.
 
Majlis kendurinya pula hari sabtu.
 
Ya lah, belum ada pengalaman, baru anak pertama dari 9 orang anak. Moga-moga Allah permudahkan segala urusan dan majlis diberkati insyaAllah.
 
Doakan juga ya, kawan-kawan.
 
Dulu bapa mertua kita berumur 40 tahun, sudah dapat kita sebagai menantu dia. Kita pula dah dekat pencen, baru nak dapat menantu.
 
Alahai… Rezeki masing-masing.